Tuesday 5 February 2013

Antara SEBABNYA.....




Entry aku kali ini untuk memberitahu antara sebab-sebabnya kenapa aku selalu bertukar-tukar kerja... mungkin dia antaranya adalah aku tak ada rezeki di situ... so aku redha... aku yakin rezeki itu Allah yang bagi... tapi di sebabkan ada di antara orang-orang yang terlalu mengambil berat tentang diri aku ini, tanya itu tanya ini aku mula tension lah... nasib la aku ni xde darah tinggi kalu x naik darah aku... huhuhh... Hanya  mrZ tempat aku luahkan segala problem aku... First, masa aku habis jer study aku terus dapat kerja sebagai Software Engineer... kerja di situ besh sngt, kawan-kawan semua baik.. cuma cara kerja jer aku x berapa nak suka... penyelia aku nie seorang yang suka marah-marah than kerja nak ikut mood dia... so boring... yang aku paling memendam rasa tu pasal kes aku dapat memo... ingat tak entry aku memo... walaupun cerita itu tahun 2010 tapi still ingat sampai sekarang...:( di sebabkan penyelia aku yang kuat mengadu pada bos macam-macam lah aku di beri pilihan berhenti/tak... ya Allah, malu sungguh aku time tu...sejujurnya, bos aku baik, aku sebenarnya suka cara bos aku berkerja kalu boleh aku nak tambah ilmu pengetahuan tentang dalam bidang Programming...tp bila da asik beri dua ratus peratus kat penyelia kepercayaan mcm tu la jadinya... aku ambil keputusan just resign...

berkat kesabaran aku dapat peluang bekerja di satu syarikat ini... tapi sebagai "Pembantu Tadbir' kontrak... Alhamdullillah... first day aku masuk tempat kerja aku jadi culture shock...semua lelaki dan dalam unit aku dan bahasa yang diaorng guna agak kasar... menahan kesabaran aku... sebelum aku masuk kerja di syarikat ini aku dapat satu tawaran sebagai programmer.. tetapi disebabkan bos aku yang baru ini da col aku nak jugak aku masuk di unit tersebut dan menjanjikan akan tetapkan aku..aku pun terima lah tawaran itu... aarrrrggggghhhhhh.... kerja saja sebagai pembantu tadbir tapi macam2-macam kerja kena buat... itu ini... memang sangat tension berbanding kerja lama aku... last-last janji bos aku tu x boleh nak pakai... setahun jer aku kontrak disana... alasan bos kata tak sambung kontrak di sebabkan ceo xmou lagi kakitangan kontrak lagi berkhidmat di sana... ntah pape... mrZ la tempat aku mengadu... mrZ bg semangat.. yela macam-macam komitmen aku ada sekarang... pikir lahh..

aku harap lepas ini ada rezeki aku untuk mendapat pekerjaan lain... mudah mudahan.. Amin...

0 comments: